Saturday 16 July 2011

Kantoi Pulak Tak Boleh Buat Roadside Parking

Semalam aku da janji dengan kawan nak jumpe kejap. Dia pun nak naik Melaka sebab ada hal sikit. Aku pun takde hal lah kan. Lama kot tak jumpa semenjak start cuti sem dulu. Time nak jumpe tu, hujan turun punyelah lebat.Ya Allah, macam mana aku nak bawak kereta ni? Aku memang takut kalau nak bawak kereta time hujan. Bahaya kot! Mula-mula ingat nak cancel tapi kesian pulak kat kawan aku. Dia dah datang Melaka takkan aku nak buat tak endah pulak kan. Bila hujan da mula reda, aku pun gerak keluar rumah. On the way hujan lebat sekali lagi. Memang dalam hati dok berzikirlah sebab aku tak ingin berlaku ape-ape yang buruk sepanjang perjalanan. Nanti aku jugak yang susah.

Sampai Melaka Sentral, jumpe geng kejap. Then sementara nak tunggu orang habis Sembahyang Jumaat, kitorang pun pergi AEON JJ. Tak shopping pun, window shopping ja. Aku tak kerja so tak boleh boros hokay! Cadang nak pergi KBM sebab nak tanya pasal hostel. Pusing punya pusing dapat tempat parking tapi roadside parking lah pulak. Ade satu je tempat kosong. Depan belakang ada kereta.Bajet pandai lah kan. Aku dok try punya try.masuk dari depan tak lepas belakang. Alih-alih tengok ade satu kereta Avanza nih cuba nak masuk parking jugak. Dia mula dari belakang kereta.OMG! Macam mana aku bole lupa method time belajar nak amik lesen dulu??


Aku pun trylah kan. Tak lepas jugak. Kang kalau lebih-lebih try calar kereta orang sape nak tanggung? Aku takde duit nak bayar ganti rugi. Really fed up! Annoying! Aku pon blah dari situ dan terpakse korbankan RM2 untuk parking lot kat sebelah site sana. Membazir tau RM2 aku. Nak jumpe kejap je pon. Tak sampai setengah jam! Dulu time blaja kereta senang je masuk parking. Tak pernah pun terlanggar tiang-tiang tu.( Oke tipu). Bila da lulus dan da dapat lesen segala dah tak tahu nak parking pulak. Curious pulak macam mana boleh lulus dulu. Haha. Lepas nih taubat tak nak parking kat tepi jalan. Rela jalan jauh sikit asalkan tak menyusahkan aku nak mengadjust kereta ke depan ke belakang. sigh~

Thursday 14 July 2011

Ada Chance Nak Gantikan Chef Wan Nih..


Acehh. Tajuk tak menahan kan. Sapelah diri ini kalau nak dibandingkan dengan Chef Wan. Ibarat sebutir beras dengan sebuah traktor( ape punye perbandingan daa.haha). Whatever.  Ceritanya macam ni, aritu aku ad tengok TVXQ jadi CF (commercial features) dalam  BBQ chicken. Tu yang merangsang tekak untuk geledah resepi di Google. Tak semua bahan sama seperti yang diorang gunakan, aku adjust sikit untuk sesuaikan dengan selera melayu aku ni ha. Ce tengok link nih, air liur ko bertakung tak kat dalam mulut? Lol

Maka semalam jadilah resipi Korean Fried Chicken ku. Rasanya best! Luarnya rangup, isinya juicy dan yang penting, sosnya tu. Memang terangkat kalau makan panas-panas! Pecayelah! Aku buat tak banyak. hanya aku dan mama je yang makan. So, goreng 4 ketul je. Bahagi sama rata. Makan dengan nasi atau makan gitu jer. Kenyang!


Inilah hasil Korean Fried Chicken aku. Tabur dengan sesame seeds sikit untuk tambah lagi kick. Presentation aku taklah begitu cantik macam yang dijual kat restaurant sana tu. Tapi ok what, aku tak pentingkan presentation sangat, aku more to rasa. Rasanya cukuplah untuk hari ini. Dok cerita pasal makan je kan. Mentang-mentanglah nak dekat puasa. 


p/s: da habis ganti puasa ke belum ? :)