Wednesday 22 June 2011

Saya Suka.....Part 2 : Mengusha Si Mata Bulat!




Okeh kita bersambung cerita. Aku banyak nak cerita dats why ade part-part bagai. Selain kening, aku suka sangat tengok anak mata orang. Kalau mat saleh tu standard lah anak mata ko kaler-kaler kan. Tapi kalau orang Asia, anak mata kaler-kaler nih macam kureng je bagi kau. Better choose yang hitam. Well, lain orang lain taste nye. Lantak kaulah. Mata kau, duit kau!




Selalu yang menjadi sasaran aku ialah mereka yang pakai contact lenses. Lagi besar anak mata kau lagi aku suka tengok. Da macam Barbie Doll lah pulak. Part nih, aku suka tengok anak mata yang hitam je.Yang berkaler-kaler cantik jugak tapi aku tak layan sangat. Tambah pulak dengan pakej kau yang sedia comel dan pandai mekap ala-ala Gyaru style lagilah cantik! Tak lepas mata aku tenung kau!





Aku selalu tanya kawan-kawan yang pakai contact lenses tak bahaya ke pakai benda alah tu? Kalau time pakai tu tercucuk mata macam mana? Kalau benda alah tu masuk dalam mata macam mana nak keluarkan? Ade je kes orang kene jangkitan cacing la, kuman la kat mata gara-gara contact lenses. Lagilah cuak aku nak try pakai! Dalam hati memang simpan hasrat yang amat besar nak pakai contact lenses sebab bila study pakai spec amat membataskan penglihatan! Nak bawak kereta pun x de feeling mana. Naik sem ni ingat nak pakai contact lenses lah. Nak gak jadi orang yang bajet tak de masalah mata nih. Segala kerabunan simpan dalam rumah. LOL

p/s : Contact lenses brand mana yang oke? Nak survey nih J


Saya Suka.....Part 1 : Tengok Kening Orang

Bukan pervert atau obses tapi menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Tak tahu kenapa minat ni bercambah dari skola menengah lagi. Tapi minat aku kat something tu tak lama. Aku akan carik benda lain yang bole wat aku khayal.Oke part khayal tu tipu. Aku tak suka sangat perhatikan orang secara berdepan sebab keadaan mataku yang mengalami masalah rabun sungguh membataskan! Tapi once aku da tengok something tu mmg tak bole nak kelip mata dah.




Dulu suka sangat perhatikan kening orang. Agak-agak kening kau lebat tapi tersusun rapi ha memanglah kau akan jadi mangsa aku.hihi.Orang kata kalau kening kau lebat, bermakna kau antara golongan yang cantik@hensem. Ade jugak yang menepati teori tu.Tapi ade je yang hampeh. Selalu aku akan perhatikan kening artis- artis kat tv ke majalah ke la kann. Lagi senang x payah dapat renungan maut dari diorang sambil berkata "Pehal kau pandang-pandang aku, nak test keh??". Lagi selamat! 

Betul la kata orang dari kening turun ke hati.eh?! betul ke? Haha lantak la.Ade aku kesah! Dulu nak la jugak ade kening lebat macam dorg. Biase arr budak-budak, tak boleh nak tengok orang lebih sikit. Mulalah datang dendam kesumatnya. Macam- macam petua aku cuba. Dari buah pala hingga ke lendir lidah buaya! Aku jenis yang kurang sabar, so tak nampak le hasilnye sebab tak sampai sebulan aku dah fed up. Sekarang ni aku da terima hakikat yang tak semua orang kening tak lebat tak cantik. Semua ada keistimewaan masing-masing kan. Therefore, bersyukurlah dengan apa yang anda miliki!


Saturday 18 June 2011

Makhluk Tuhan Yang Cantik

                                          manis kan dia bertudung? :)


First time aku tengok cerekarama Jemaah Kolestrol aritu, aku terpegun sapela bitch awek yang pakai tudung ni? Cun pun memang cun. Kiut giler! Aku yang pompuan ni pon bole tertarik nak pandang dia. Aku memang tak berapa tau sangat pasal dunia hiburan ni. Bila habis je drama tu aku tengok ehh... NEELOFA. Bia bena??!


Ade gak tengok dia kat website hiburan.baca gosip tentang dia tapi takde la nak follow ke ape kan. Dia cantik kalau dengan imejnye yang terkini. TAPI lebih manis kalau gadis cantik sebegitu menutup aurat. Sejuk mata memandang de!  Well, just harap suatu hari nanti, hati dia terbuka nak menutup aurat sepenuhnya.


Tak hilang keanggunan, kecantikan kalau pakai tudung la. Lagi bertambah cantik ade la! Tak perlu la update sangat sampai melilit, terlilit sumenya. Janji kena dengan diri dan pembawakan.Itu sudah cukup! Bak kata omputih, simple is more! So why the heck nak terikut-ikut fesyen yang da sah-sah tak kena dengan diri kita? Itu lagi wat kita cam loser sebab jadi hamba fesyen.kamon laaa.. Aku tak menuduh sesape. Ni opinion aku. Jangan ban aku sudeyh. Ni belog aku.Aku cakap dari hati nurani.Ceewaahhh... !


So, kepada sesapa yang da tergerak hati nak mula bertudung tu, teruskanlah. Mulakan dengan yang basic supaya tak nampak canggung. InsyaAllah, lama-lama ok je. And one more, jangan la bila da tetapkan pendirian nak bertudung, lepas 2-3 bulan free hair la pulak. Sayang tu aurat dah terpelihara baik- baik, kini dah terdedah balik.Isk isk isk.. Aku pun bukan la baik sangat, aku dalam tulis nih, aku ingatkan diri aku jugak. 
So, renung-renungkan, dan selamat beramal! :)

Friday 10 June 2011

Part time job : DRIVER


Oh oleh kerana saya sudah ada lesen memandu, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memandu kereta atas arahan mama. Bawak kereta memang tak dinafikan best tp bahaya! tgk kiri lori besar-besar.tgk kanan pulak bas panjang-panjang! Tak termasuk mat-mat motor yang suka mencelah..Memang slalu la urut dada tenangkan hati. Nasib baik ni time cuti sekolah.Kalo minggu depan budak da start skola, lagi la sesak jalan.Masak-masak. Tapi demi mama, aku harus berani! 


Kerja jadi driver mama simple je. Pagi-pagi bangun pukul 6.15 am utk bersiap segala. Pukul 6.35 am da bole bertolak.Awal-awal kereta kurang sikit. Then bole balik rumah membongkang beristirehat. Then petang pukul 4.40 pm bole gerak pegi tempat kerja mama. 


Cuti sem nih aku tidak bernafsu untuk carik kerja di luar. So, mama dengan tidak rasminya melantik aku menjadi driver beliau. Hey, bukan senang nak carik driver tak bergaji tau! tapi aku bersyukur kerana diberi 'gaji' dalam bentuk kasih sayang. Itu yang paling bernilai dan bermakna okey. Tapi kekadang bawak kereta penat jugak.sekali-sekala nak jugak orang bawakkan, kita dok seblah.. Heaven! 


hmm nak carik driver untuk diri sendiri pulak laa.. ade sape2 nak tawarkan diri..?? :)

Monday 6 June 2011

Saya mahu jadi peminum susu tegar !!

Oke. bukan penghisap dadah tegar mahupun penghidu gam tegar tapi peminum susu tegar. KENAPA?? sebabnye kebelakangan ini, tulang belakang sakit lepas angkat barang berat. Even jalan kaki pegi kedai yang x sampai 1 kilometer tu pun da bagi efek yg sungguh tak bole blah!


Selama ni asyik minum susu kotak Dutch Lady je.1 katon ade 6 kotak.so bole le tahan x sampai seminggu.lama-lama aku bole bankrap sbb susu skrg mahal woo! so semalam dok try beli susu tepung Anlene. rasenya NOT BAD! minum suam-suam mmg syiok woo.LOL. saya sarankan kepada sesiapa yang tidak minum susu dgn alasan takut gemuk (hei tolonglah kau makan Mekdi tu lg byk lemak tw x!) cubalah dari sekarang.kita bukan hidup 10 tahun, kita nak hidup 50-60 tahun lagi (kalau umur panjang). so why not ubah cara makan tu.x rugi punya..


Susu banyak khasiatnya tau. ce tengok info nih:


Susu lembu boleh dikatakan sihat terutamanya kerana kandungan protein dan kalsiumnya. Ia juga merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Satu hidangan (1 cawan atau 250 ml) 2%-susu lemak mengandungi 285 mg Kalsium, yang mewakili 22% hingga 29% daripada jumlah dicadangkan harian (DRI) kalsium bagi orang dewasa, bergantung kepada usia, 8 gram protein, dan sejumlah zat lain (samaada secara semulajadi atau melalui pengkayaan):



  • Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
  • Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
  • Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
  • Biotin dan Asid Panthotenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
  • Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi
  • Potassium dan Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
  • Selenium - sedikit (trace)mineral penghalang-barah
  • Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan
  • Conjugated Acid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.
Penyokong susu menunjukkan bahawa kajian hanya menunjukkan kemungkinan antara pengambilan susu lemah lemak dan risiko arterial hypertensionpenyakit jantung koronari, dan obesiti. Mereka yang terlebih berat badan dan minum susu mungkin mendapat manafaat daripada pengurangan risiko kebal insulin dan diabetes jenis 2.
SEE..! mmg banyak khasiat susu nih. so, jinak-jinakkan lah diri tu dengan susu ye.
p/s: belum pernah try susu kambing lg.cm x selera je.hahah

Sunday 5 June 2011

salam perkenalan...

hari- hari dok baca blog org-org feymes, kengkawan, so tergerak lak hati ni utk wat satu belog. ramai yang kata tulis belog ni best.bagi kepuasan kat diri. apekah kepuasan itu?? ade org nak bgtaw kat aku?

tujuan aku hanya simple. aku just nak kongsi ape yg aku rasa. bukan mencari populariti semata-mata sebab aku x pandai nak karang cerita- cerita nih. so, papehal,tolong bagi tunjuk ajar kat aku yang masih hijau nih oke.

LOL (lots of love)
nyssa