Saturday 16 July 2011

Kantoi Pulak Tak Boleh Buat Roadside Parking

Semalam aku da janji dengan kawan nak jumpe kejap. Dia pun nak naik Melaka sebab ada hal sikit. Aku pun takde hal lah kan. Lama kot tak jumpa semenjak start cuti sem dulu. Time nak jumpe tu, hujan turun punyelah lebat.Ya Allah, macam mana aku nak bawak kereta ni? Aku memang takut kalau nak bawak kereta time hujan. Bahaya kot! Mula-mula ingat nak cancel tapi kesian pulak kat kawan aku. Dia dah datang Melaka takkan aku nak buat tak endah pulak kan. Bila hujan da mula reda, aku pun gerak keluar rumah. On the way hujan lebat sekali lagi. Memang dalam hati dok berzikirlah sebab aku tak ingin berlaku ape-ape yang buruk sepanjang perjalanan. Nanti aku jugak yang susah.

Sampai Melaka Sentral, jumpe geng kejap. Then sementara nak tunggu orang habis Sembahyang Jumaat, kitorang pun pergi AEON JJ. Tak shopping pun, window shopping ja. Aku tak kerja so tak boleh boros hokay! Cadang nak pergi KBM sebab nak tanya pasal hostel. Pusing punya pusing dapat tempat parking tapi roadside parking lah pulak. Ade satu je tempat kosong. Depan belakang ada kereta.Bajet pandai lah kan. Aku dok try punya try.masuk dari depan tak lepas belakang. Alih-alih tengok ade satu kereta Avanza nih cuba nak masuk parking jugak. Dia mula dari belakang kereta.OMG! Macam mana aku bole lupa method time belajar nak amik lesen dulu??


Aku pun trylah kan. Tak lepas jugak. Kang kalau lebih-lebih try calar kereta orang sape nak tanggung? Aku takde duit nak bayar ganti rugi. Really fed up! Annoying! Aku pon blah dari situ dan terpakse korbankan RM2 untuk parking lot kat sebelah site sana. Membazir tau RM2 aku. Nak jumpe kejap je pon. Tak sampai setengah jam! Dulu time blaja kereta senang je masuk parking. Tak pernah pun terlanggar tiang-tiang tu.( Oke tipu). Bila da lulus dan da dapat lesen segala dah tak tahu nak parking pulak. Curious pulak macam mana boleh lulus dulu. Haha. Lepas nih taubat tak nak parking kat tepi jalan. Rela jalan jauh sikit asalkan tak menyusahkan aku nak mengadjust kereta ke depan ke belakang. sigh~

Thursday 14 July 2011

Ada Chance Nak Gantikan Chef Wan Nih..


Acehh. Tajuk tak menahan kan. Sapelah diri ini kalau nak dibandingkan dengan Chef Wan. Ibarat sebutir beras dengan sebuah traktor( ape punye perbandingan daa.haha). Whatever.  Ceritanya macam ni, aritu aku ad tengok TVXQ jadi CF (commercial features) dalam  BBQ chicken. Tu yang merangsang tekak untuk geledah resepi di Google. Tak semua bahan sama seperti yang diorang gunakan, aku adjust sikit untuk sesuaikan dengan selera melayu aku ni ha. Ce tengok link nih, air liur ko bertakung tak kat dalam mulut? Lol

Maka semalam jadilah resipi Korean Fried Chicken ku. Rasanya best! Luarnya rangup, isinya juicy dan yang penting, sosnya tu. Memang terangkat kalau makan panas-panas! Pecayelah! Aku buat tak banyak. hanya aku dan mama je yang makan. So, goreng 4 ketul je. Bahagi sama rata. Makan dengan nasi atau makan gitu jer. Kenyang!


Inilah hasil Korean Fried Chicken aku. Tabur dengan sesame seeds sikit untuk tambah lagi kick. Presentation aku taklah begitu cantik macam yang dijual kat restaurant sana tu. Tapi ok what, aku tak pentingkan presentation sangat, aku more to rasa. Rasanya cukuplah untuk hari ini. Dok cerita pasal makan je kan. Mentang-mentanglah nak dekat puasa. 


p/s: da habis ganti puasa ke belum ? :)

Monday 11 July 2011

masak masak dan maaaaasakkkk lagi..!


Sejak dua menjak ni aku raaajin sangat ke dapur. Selalunya, lalu untuk pegi amik air je. Ni tak, mesti nak bongkar fridge carik ape yang best untuk dimasak. Aku mengaku aku tak terror masak macam mak aku tapi bile aku da masak, Alhamdulillah, mama puji sedap.Entah ikhlas atau sekadar nak jaga hati aku, itu aku tak tahu. Janji ade orang hargai apa yang aku masak.


And FYI, tak semua orang bole rasa masakan aku. Setakat ni yang selalu bertuah hanya mama sorang aje. Sebab aku paling tak suka orang kritik makanan yang aku masak. Dulu masa zaman hingusan, aku adelah masak masakan bujang je untuk abang aku. PERGHH!! Kritikan dia punyalah 'membina' semangat aku. Start dari hari tu, aku da tak masak untuk orang dah. Pedih telinga bhai. Lantak la ape orang nak kata, aku anak dara pemalas ke, kedekut ke, ade aku kesah.Janji mak aku tau aku ade masak, cukup!


Ok sudah-sudah mengenang zaman hingusan. Back to the point. Malam ni, aku masak homemade burger. Tadi dalam kereta mintak mama belikan roti. Then tergerak pulak hati nak turun skali ke kedai. Tu yang capai roti burger dan minced beef.Nak carik minced chicken takde pulak. Beef pun beef lah. Janji bole buat patty kan. Nak tunggu meat nih lembut punyalah lama. Almost 1 jam kot tunggu. Perut da lapar gila! At last, pukul 9 malam tadi, siaplah dua set burger. Oh saya tak letak side dish segala bagai sebab mulut da berbuih kecur air liur tengok patty disaute garing dalam frying pan. Haha. Siap terus ngap! nyum nyum ..


p/s: dok pikir nak masak ape esok .. :)

Saturday 9 July 2011

안녕하세요!! (Anyonghaseyo!!) Kimchi Project Time.



Aritu aku tak bole tido.Tu yang dok tengok cara orang Korea masak makanan dorang kat YT. Giler ah! Kecur air liur aku tengok.lol .Lepas tengok, konfirmlah diri ini menanam azam yang tinggi untuk mencuba segala apa juadah yang telah dibelek dan ditelek.


Firstly aku nak buat kimchi. Memang dari dulu nak makan. Ada nampak jual kt shopping mall, tapi ragu- ragu akan kehalalannya. Then da google baru tahu kimchi tu sayur jeruk. So tak ade benda harem yang diletak. Sume benda biasa je. Aku tak snap pic tgh buat kimchi sebab aku pakai sarung tangan. malas nak berposing sebab tangan penuh dengan bahan perap. That's why aku letak finishing product nye aje.Aku buat sikit je dulu .Kalau buat banyak-banyak sape nak perabihkan?? Aku jugak. Ni kire cuba try lah.


So far, aku blom rasa lagi. Kalau di lihat dari segi warna, tekstur da betol macam kite tengok kat drama-drama Korea tu.Tang rasa aku tak konfirm. Itu sebab aku tak makan lagi..hahah.. Nanti-nanti la aku makan. My second kitchen project is DONE!! 

Wednesday 6 July 2011

Pandai Anak Mama Masak..!!

Semalam aku terlebih rajin ke dapur. Mula-mula masak potato pencakes utk lunch. Aku selalu tengok Family outing( game show korea), Lee hyori selalu masak pencakes nih untuk dorg. Makan lahap benau macam best je. Apa lagi, dok google la resipi. Hihih. Mudah je nak buat. Budak darjah 3 pun reti :). 

 Then dalam pukul 4 petang, perut nih teringin pulak nak makan pizza. Nak order mahal! So alternatif terbaik adalah dengan masak sendiri. Yeay! nasib baik semua bahan ada.So, lagi tak payah membazir beli bahan-bahan kat kedai kan. Kiranya makan pizza nih untuk dinner pulak.

Memula buat la dough dulu. Sepatutnya buat dari semalam baru dough lembut dan gebu. Tapi da emergency, 30 minit pun jadi lah kan ..

Lepas tu letak tomato puree, then minced chicken yang telah disaute bersama garlic dan onion. Even better kalo letak kepingan daging ke kan. Well da namanya pizza, letak lah ape bahan yang kau suka. 

Next mestilah ada sayur kan. Dalam fridge cuma ada nenas dengan tomato aje. Jadilah daripada tak ada langsung. Hihi. Lepas tuh tabur cheese dan spread mayonaise. Siap untuk dibakar!


Tadaa..!! Inilah hasilnya.. Walaupun taklah sebest Pizza Hut ke Domino ke tapi aku puas hati sebab aku da pandai masak pizza. Tak payah lagi nak calling-calling untuk delivery. Ni barulah dinamakan fresh from oven.lol..

p/s: Mama dok puji aku masak sedap. Ni yang membangkit semangat untuk masak lagi ni :)