Showing posts with label masak memasak. Show all posts
Showing posts with label masak memasak. Show all posts

Monday, 11 July 2011

masak masak dan maaaaasakkkk lagi..!


Sejak dua menjak ni aku raaajin sangat ke dapur. Selalunya, lalu untuk pegi amik air je. Ni tak, mesti nak bongkar fridge carik ape yang best untuk dimasak. Aku mengaku aku tak terror masak macam mak aku tapi bile aku da masak, Alhamdulillah, mama puji sedap.Entah ikhlas atau sekadar nak jaga hati aku, itu aku tak tahu. Janji ade orang hargai apa yang aku masak.


And FYI, tak semua orang bole rasa masakan aku. Setakat ni yang selalu bertuah hanya mama sorang aje. Sebab aku paling tak suka orang kritik makanan yang aku masak. Dulu masa zaman hingusan, aku adelah masak masakan bujang je untuk abang aku. PERGHH!! Kritikan dia punyalah 'membina' semangat aku. Start dari hari tu, aku da tak masak untuk orang dah. Pedih telinga bhai. Lantak la ape orang nak kata, aku anak dara pemalas ke, kedekut ke, ade aku kesah.Janji mak aku tau aku ade masak, cukup!


Ok sudah-sudah mengenang zaman hingusan. Back to the point. Malam ni, aku masak homemade burger. Tadi dalam kereta mintak mama belikan roti. Then tergerak pulak hati nak turun skali ke kedai. Tu yang capai roti burger dan minced beef.Nak carik minced chicken takde pulak. Beef pun beef lah. Janji bole buat patty kan. Nak tunggu meat nih lembut punyalah lama. Almost 1 jam kot tunggu. Perut da lapar gila! At last, pukul 9 malam tadi, siaplah dua set burger. Oh saya tak letak side dish segala bagai sebab mulut da berbuih kecur air liur tengok patty disaute garing dalam frying pan. Haha. Siap terus ngap! nyum nyum ..


p/s: dok pikir nak masak ape esok .. :)

Wednesday, 6 July 2011

Pandai Anak Mama Masak..!!

Semalam aku terlebih rajin ke dapur. Mula-mula masak potato pencakes utk lunch. Aku selalu tengok Family outing( game show korea), Lee hyori selalu masak pencakes nih untuk dorg. Makan lahap benau macam best je. Apa lagi, dok google la resipi. Hihih. Mudah je nak buat. Budak darjah 3 pun reti :). 

 Then dalam pukul 4 petang, perut nih teringin pulak nak makan pizza. Nak order mahal! So alternatif terbaik adalah dengan masak sendiri. Yeay! nasib baik semua bahan ada.So, lagi tak payah membazir beli bahan-bahan kat kedai kan. Kiranya makan pizza nih untuk dinner pulak.

Memula buat la dough dulu. Sepatutnya buat dari semalam baru dough lembut dan gebu. Tapi da emergency, 30 minit pun jadi lah kan ..

Lepas tu letak tomato puree, then minced chicken yang telah disaute bersama garlic dan onion. Even better kalo letak kepingan daging ke kan. Well da namanya pizza, letak lah ape bahan yang kau suka. 

Next mestilah ada sayur kan. Dalam fridge cuma ada nenas dengan tomato aje. Jadilah daripada tak ada langsung. Hihi. Lepas tuh tabur cheese dan spread mayonaise. Siap untuk dibakar!


Tadaa..!! Inilah hasilnya.. Walaupun taklah sebest Pizza Hut ke Domino ke tapi aku puas hati sebab aku da pandai masak pizza. Tak payah lagi nak calling-calling untuk delivery. Ni barulah dinamakan fresh from oven.lol..

p/s: Mama dok puji aku masak sedap. Ni yang membangkit semangat untuk masak lagi ni :)