Friday 10 June 2011

Part time job : DRIVER


Oh oleh kerana saya sudah ada lesen memandu, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memandu kereta atas arahan mama. Bawak kereta memang tak dinafikan best tp bahaya! tgk kiri lori besar-besar.tgk kanan pulak bas panjang-panjang! Tak termasuk mat-mat motor yang suka mencelah..Memang slalu la urut dada tenangkan hati. Nasib baik ni time cuti sekolah.Kalo minggu depan budak da start skola, lagi la sesak jalan.Masak-masak. Tapi demi mama, aku harus berani! 


Kerja jadi driver mama simple je. Pagi-pagi bangun pukul 6.15 am utk bersiap segala. Pukul 6.35 am da bole bertolak.Awal-awal kereta kurang sikit. Then bole balik rumah membongkang beristirehat. Then petang pukul 4.40 pm bole gerak pegi tempat kerja mama. 


Cuti sem nih aku tidak bernafsu untuk carik kerja di luar. So, mama dengan tidak rasminya melantik aku menjadi driver beliau. Hey, bukan senang nak carik driver tak bergaji tau! tapi aku bersyukur kerana diberi 'gaji' dalam bentuk kasih sayang. Itu yang paling bernilai dan bermakna okey. Tapi kekadang bawak kereta penat jugak.sekali-sekala nak jugak orang bawakkan, kita dok seblah.. Heaven! 


hmm nak carik driver untuk diri sendiri pulak laa.. ade sape2 nak tawarkan diri..?? :)

No comments:

Post a Comment